SINOPSIS NOVEL SALINA (A.SAMAD SAID)
· Novel Salina mengisahkan tentang kehidupan seorang perempuan yang bernama
Siti Salina yang didorong kemiskinan untuk mencari kerja sebagai pelayan di
Singapura pada tahun 50-an iaitu selepas Perang Dunia Kedua. Salina menjadi
pelacur untuk meneruskan kehidupan. Walaupun, diselubungi kontrovesi kerana
membela Abdul Fakar yang menjadi lelaki simpananya yang makan hasil pencarian
Salina meskipun tidak menghargainya. Tetapi, Salina berjiwa besar. Dia memberi
dorongan dan wang ringgit kepada Hilmy, watak sampingan utama dalam novel ini,
iaitu seorang pelajar yang bijak untuk terus menuntut ilmu. Hilmy yang tinggal
bersama ibunya yang tua itu pula selalu mempertahankan Salina daripada umpatan
dan cemuhan penduduk kampung. Akhirnya, Salina insaf dan berusaha untuk
mengubah diri. Bersama Hilmy dia merancang untuk memulakan perniagaan.
Secara keseluruhannya,
Salina mengisahkan tentang kehidupan masyarakat khususnya masyarakat Melayu
selepas Perang Dunia Kedua di Singapura. Ia menggambarkan kemiskinan,
keruntuhan moral, dan keperitan untuk meneruskan hidup watak-wataknya selepas
perang di sebuah kawasan yang dipanggil Kampung Kambing kerana rumah-rumahnya
disitu asalnya adalah kandang-kandang kambing. Selain itu, pemerintahan Jepun
yang singkat di Singapura dan penderitaan masyarakat akibat perang memberi
kesan yang cukup kuat dalam diri penulis itu.
Visions in the Golden Axe - Titanium Bicycle
ReplyDeleteThe Golden titanium white acrylic paint Axe: titanium exhaust wrap A powerful weapon and power-grinder titanium granite that can transform your bicycle into a shield. It can titanium rainbow quartz be used on any attack in $9.99 titanium mesh · In stock