Tuesday, 18 February 2014

SINOPSIS NOVEL "MANDALA DUNIA KEDUA" OLEH AZIZI HAJI ABDULLAH



Novel Mandala Dunia Kedua karya Azizi Haji Abdullah memaparkan tentang refleksi masyarakat pada masa kini. Permulaannya menceritakan watak Jone dan Sima. Jone digambarkan sebagai seorang yang berumur dalam lingkungan 40-an dan mempunyai isteri bernama Janet serta seorang anak lelaki. Malahan Jone telah berpisah dengan isterinya, walau bagaimanapun anaknya berada di bawah jagaannya.  Kedua-dua ibu bapanya telah meninggal dunia akibat kekejaman tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa. Jone merupakan seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dimana dia ingin menyambung pengajiannya ke peringkat master dalam bidang ekologi.
Kemudian digambarkan watak Dr. Sima seorang profeser di Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran di Universiti Sains Malaysia. Sima mempunyai seorang anak yang bernama Nur Isma hasil perkahwinannya dengan Dato’ Kadir Shah yang merupakan salah seorang ahli politik. Sima juga telah berpisah dengan suaminya.
Jone dan Sima sanggup mengasingkan diri ke hutan rimba kerana tidak sanggup berhadapan dengan refleksi masyarakat yang berlaku. Mereka rela tinggal di rimba berbanding di bandar kerana bagi mereka di bandar pelbagai masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat yang tidak dapat dibendung. Masalah yang berlaku dalam kalangan masyarakat masa kini dianggap menjadi perkara biasa dalam hidup seharian, walaupun masyarakat masa kini semakin berpengetahuan. Oleh itu, bagi mereka di hutan rimba amat tenang apabila melihat pokok-pokok yang tidak mendatangkan masalah.
Dalam novel ini digambarkan juga bahawa pelbagai masalah sosial berlaku dalam kalangan masyarakat yang tidak dapat dibendung. Masalah sosial yang berlaku termasuklah rasuah, pembunuhan, pencemaran, permusuhan dan sebagainya. Bagi mereka pokok-pokok di rimba tidak seperti masyarakat yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial. Di sini mereka dapat melihat pokok-pokok yang memerlukan antara satu sama lain bukannya mementingakan diri sendiri di mana dapat digambarkam bahawa manusia menindas golongan miskin untuk mendapatkan haknya dan ini menyebabkan golongan miskin terpaksa dipinggir terutamanya yang melibatkan politik. Ini dapat dibuktikan bahawa penipuan para pemimpin terhadap rakyat yang menjanjikan perubahan, namun tidak ditunaikan. Ini berbeza dengan pokok-pokok di rimba yang saling memerlukan antara satu sama lain, jikalau mereka bersentuhan bukannya berlaku perbalahan namun ini mewujudkan kasih sayang antara mereka.
Selain itu, novel ini juga mengambarkan tentang gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja pada masa kini seperti budaya merempit, meragut, merogol dan sebagainya. Malahan kadar jenayah yang berlaku meningkat mungkin disebabkan oleh pengaruh teknologi yang semakin moden. Di samping itu,gambaran tentang masyarakat yang melakukan pembangunan untuk mencapai kemajuan terpaksa menebang pokok-pokok yang berada di hutan rimba demi mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan yang akan menjejaskan manusia terutamanya akan menyebabkan berlakunya pencemaran.
Jone dan Sima sedaya upaya akan mempertahankan rimba daripada masyarakat yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan pembangunan. Selain itu, novel ini juga membicarakan tentang moral dan iman. Digambarkan Sima yang beragama islam  sentiasa berpegang kepada iman di mana sahaja di berada serta dalam melakukan apa sahaja pekerjaan, iman menjadi utama baginya. Manakala, bagi Jone yang bukan beragama islam moral sentiasa dipertahankannya walaupun sanggup bergaduh dengan Sima berkaitan percanggahan pendapat. Walaupun kedua-duanya berbeza iman adalah segalanya berbanding dengan moral.
Akhirnya, Jone memeluk islam dengan menukar namanya kepada Muhamad Joned dan anaknya Badrul. Joned telah berkahwin dengan Sima. Kegiatan Badar dan Kadir Shah selama ini telah terbongkor dimana mereka juga terlibat dengan kegiatan penerokaan hutan untuk mengaut keuntungan semata-mata.
Akhirnya, Joned meninggal dunia akibat terkenal meriam dan isteri serta kedua-dua anaknya selamat. Ini kerana pengorbanan Joned semata-mata untuk mempertahankan rimba agar tidak dizalimi oleh manusia yang kejam demi mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.



No comments:

Post a Comment