Novel
Mandala Dunia Kedua karya Azizi Haji
Abdullah memaparkan tentang refleksi masyarakat pada masa kini. Permulaannya
menceritakan watak Jone dan Sima. Jone digambarkan sebagai seorang yang berumur
dalam lingkungan 40-an dan mempunyai isteri bernama Janet serta seorang anak lelaki.
Malahan Jone telah berpisah dengan isterinya, walau bagaimanapun anaknya berada
di bawah jagaannya. Kedua-dua ibu
bapanya telah meninggal dunia akibat kekejaman tanah runtuh yang berlaku di
Bukit Antarabangsa. Jone merupakan seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dimana
dia ingin menyambung pengajiannya ke peringkat master dalam bidang ekologi.
Kemudian digambarkan watak Dr. Sima seorang profeser
di Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran di Universiti Sains
Malaysia. Sima mempunyai seorang anak yang bernama Nur Isma hasil
perkahwinannya dengan Dato’ Kadir Shah yang merupakan salah seorang ahli
politik. Sima juga telah berpisah dengan suaminya.
Jone dan Sima sanggup mengasingkan diri ke hutan
rimba kerana tidak sanggup berhadapan dengan refleksi masyarakat yang berlaku.
Mereka rela tinggal di rimba berbanding di bandar kerana bagi mereka di bandar
pelbagai masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat yang tidak dapat
dibendung. Masalah yang berlaku dalam kalangan masyarakat masa kini dianggap
menjadi perkara biasa dalam hidup seharian, walaupun masyarakat masa kini
semakin berpengetahuan. Oleh itu, bagi mereka di hutan rimba amat tenang
apabila melihat pokok-pokok yang tidak mendatangkan masalah.
Dalam novel ini digambarkan juga bahawa pelbagai
masalah sosial berlaku dalam kalangan masyarakat yang tidak dapat dibendung.
Masalah sosial yang berlaku termasuklah rasuah, pembunuhan, pencemaran,
permusuhan dan sebagainya. Bagi mereka pokok-pokok di rimba tidak seperti
masyarakat yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial. Di sini mereka dapat
melihat pokok-pokok yang memerlukan antara satu sama lain bukannya
mementingakan diri sendiri di mana dapat digambarkam bahawa manusia menindas
golongan miskin untuk mendapatkan haknya dan ini menyebabkan golongan miskin
terpaksa dipinggir terutamanya yang melibatkan politik. Ini dapat dibuktikan
bahawa penipuan para pemimpin terhadap rakyat yang menjanjikan perubahan, namun
tidak ditunaikan. Ini berbeza dengan pokok-pokok di rimba yang saling memerlukan
antara satu sama lain, jikalau mereka bersentuhan bukannya berlaku perbalahan
namun ini mewujudkan kasih sayang antara mereka.
Selain itu, novel ini juga mengambarkan tentang
gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja pada masa kini seperti budaya
merempit, meragut, merogol dan sebagainya. Malahan kadar jenayah yang berlaku
meningkat mungkin disebabkan oleh pengaruh teknologi yang semakin moden. Di
samping itu,gambaran tentang masyarakat yang melakukan pembangunan untuk
mencapai kemajuan terpaksa menebang pokok-pokok yang berada di hutan rimba demi
mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan yang akan
menjejaskan manusia terutamanya akan menyebabkan berlakunya pencemaran.
Jone dan Sima sedaya upaya akan mempertahankan rimba
daripada masyarakat yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan pembangunan.
Selain itu, novel ini juga membicarakan tentang moral dan iman. Digambarkan
Sima yang beragama islam sentiasa
berpegang kepada iman di mana sahaja di berada serta dalam melakukan apa sahaja
pekerjaan, iman menjadi utama baginya. Manakala, bagi Jone yang bukan beragama
islam moral sentiasa dipertahankannya walaupun sanggup bergaduh dengan Sima
berkaitan percanggahan pendapat. Walaupun kedua-duanya berbeza iman adalah
segalanya berbanding dengan moral.
Akhirnya, Jone memeluk islam dengan menukar namanya
kepada Muhamad Joned dan anaknya Badrul. Joned telah berkahwin dengan Sima.
Kegiatan Badar dan Kadir Shah selama ini telah terbongkor dimana mereka juga
terlibat dengan kegiatan penerokaan hutan untuk mengaut keuntungan semata-mata.
Akhirnya, Joned meninggal dunia akibat terkenal
meriam dan isteri serta kedua-dua anaknya selamat. Ini kerana pengorbanan Joned
semata-mata untuk mempertahankan rimba agar tidak dizalimi oleh manusia yang kejam
demi mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.